fb fb fb fb fb

16 maut, lapan hingga 10 orang hilang akibat hujan lebat

RIO DE JANEIRO, 5 April- Sekurang-kurangnya 16 terkorban manakala lapan hingga 10 orang lagi hilang dalam kejadian hujan lebat.

Ia turut menyebabkan tanah runtuh di jalan raya antara bandar Rio De Janeiro dan bandar Angra Dos Reis, salah satu kawasan paling teruk terjejas.

Susulan kejadian itu, Datuk Bandar Angra Dos Reis memutuskan untuk menutup loji kuasa nuklear Angra kerana pasukan penyelamat tempatan tidak dapat menjamin operasi selamat di loji berkenaan.

Beliau turut meminta Kementerian Infrastruktur Brazil mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan loji nuklear itu terjamin.

(Hujan lebat sehingga menyebabkan tanah runtuh / Foto AFP)

Sejak 31 Mac lalu, hujan lebat melanda bahagian selatan negeri tersebut.

Angra Dos Reis telah menerima 655 mililiter hujan dalam tempoh 48 jam lalu, jumlah tertinggi pernah direkodkan di bandar itu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Brazil, lebih banyak hujan dijangka berlaku di Rio De Jenairo dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan banjir. - AFP

Media Baharu