fb fb fb fb fb

15 lagi mayat warga Palestin dikembalikan ke Gaza

ICRC mengiringi trak menghantar mayat warga Palestin dari Israel ke Gaza / Foto AFP

BAITULMAQDIS, 21 Oktober - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah mengurus dan menghantar 15 lagi mayat rakyat Palestin dari Israel ke Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan 165.

Penyerahan mayat warga Palestin itu sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

ICRC menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Gaza dan disahkan Kementerian Kesihatan Gaza.

Bawah perjanjian tersebut, Israel perlu menyerahkan 15 mayat warga Palestin sebagai timbal balas pertukaran bagi setiap satu mayat warga Israel.

Rejim Zionis pada Isnin mengesahkan Hamas telah menyerahkan mayat ke-13 warganya yang ditahan di Gaza. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN