fb fb fb fb fb

14 orang lagi terbunuh akibat serangan Israel di Palestin

Sekurang-kurangnya 58,667 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel / Foto AFP

GAZA, 18 Julai - Sekurang-kurangnya 14 orang lagi terbunuh akibat serangan Israel di utara dan selatan wilayah Palestin, kata Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata pada Jumaat

Pegawai agensi, Mohammed al-Mughyyir berkata
tentera Zionis melakukan serangan udara dan tembakan artileri pada awal pagi di utara bandar Khan Yunis.

"10 orang terbunuh dalam dua serangan berasingan di kawasan Khan Yunis dengan satu terkena sebuah rumah dan satu lagi khemah pelarian", katanya

Di utara Gaza, empat orang terbunuh dalam serangan udara di kawasan Jabalia al-Nazla, tambahnya.

0907 LNR GAZA KORBANFoto fail AFP

Serangan terbaharu ini berlaku selepas tentera Israel tersilap menyerang gereja Katolik di Gaza yang menyebabkan tiga orang terbunuh .

Sekatan terhadap media menyebabkan kesukaran untuk mengakses dan mengesahkan maklumat secara bebas tentang konflik di Gaza .

Semalam, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam tembakan di pusat pengedaran bantuan makanan di selatan Gaza yang dikendalikan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, serangan tentera Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58,667 rakyat Palestin, kebanyakannya adalah orang awam. - AFP

HASRON BIN HASSAN