GAZA, 7 Jun – Seramai 13 rakyat Palestin maut dalam serangan zionis Israel di Gaza termasuk enam ditembak berhampiran pusat agihan bantuan di Rafah, selatan Gaza.
Jurucakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila Israel melepaskan tembakan berhampiran Bulatan Al-Alam.
"Enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera ditembak tentera Israel," katanya kepada AFP.
Orang ramai berkumpul hampir setiap hari di kawasan itu sejak Mei bagi mendapatkan bantuan makanan daripada pusat agihan kendalian Gaza Humanitarian Foundation (GHF).
Dalam serangan berasingan di utara Gaza awal pagi Sabtu, tujuh lagi terbunuh selepas sebuah rumah berhampiran Hospital Al-Shifa dibedil Israel. - AFP