fb fb fb fb fb

100,000 banjiri perhimpunan pro-Palestin di Kerala

Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan pro-Palestin di Kozhikode, Kerala / FOTO IUML

KERALA, 29 Oktober - Lebih 100,000 orang menyertai perarakan pro-Palestin di Kozhikode yang dikenali sebagai Calicut di negeri Kerala Selatan India semalam sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Menurut laporan Al Jazeera yang memetik Indian Union Muslim League (IUML), perhimpunan itu dianjurkan dengan menyampaikan satu mesej jelas iaitu "Selamatkan Palestin, selamatkan kemanusiaan; tamatkan serangan Israel ke atas Gaza; Bebaskan Palestin."

IUML berkata perhimpunan itu untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis yang sedang berlaku selain menggesa campur tangan dan dialog antarabangsa demi mencapai keamanan mutlak.

GRACE AISYAH KEDAYAN