fb fb fb fb fb

10 individu didapati bersalah tembak jatuh pesawat Ukraine

TEHRAN, 17 April- Mahkamah Iran pada Ahad mencapai keputusan muktamad dalam penyiasatan ke atas insiden pesawat Ukraine yang ditembak jatuh pada 2020 oleh Pengawal Revolusi Iran.

10 orang didapati bersalah dan hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan terhadap defendan utama, manakala yang lain menerima hukuman penjara satu hingga tiga tahun.

Badan penerbangan awam Iran, yang bertanggungjawab menyiasat nahas itu berkata, pesawat itu ditembak kerana disangka sebagai peluru berpandu ketika ketegangan memuncak antara Tehran dan Amerika Syarikat.

"Siasatan disertai Amerika Syarikat sebagai negara yang bertanggungjawab membina pesawat berkenaan dan Ukraine sebagai negara yang mendaftar dan menggunakan pesawat itu," kata pegawai penyiasat, Khodaei.

(Tangkap layar animasi 3D yang menunjukkan pesawat Ukraine International Airlines
ditembak / Foto REUTERS)

Sementara itu, Ketua Badan Kehakiman Angkatan Bersenjata Iran, Pour-Aghakhan menyifatkan, hakim dan juri telah membuat keputusan dengan penuh keadilan dan berkecuali.

Pada 8 Januari 2020, Pengawal Revolusi Iran menembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines sejurus selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Tehran.

Ia mengorbankan kesemua 176 penumpang dan anak kapal.-REUTERS

Media Baharu