fb fb fb fb fb

Keputusan PRK Nenggiri, Awie ikrar berkhidmat untuk semua tanpa mengira fahaman politik

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri)

GUA MUSANG, 17 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Dewan Negeri (DUN) Nenggiri tanpa mengira fahaman politik.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Awie turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pengundi, jentera parti dan pucuk pimpinan yang telah membantu memastikan kemenangan berpihak kepada beliau serta BN.

"Semestinya saya akan mewakili Nenggiri dan saya berikrar akan berkhidmat kepada mereka semua tanpa mengira politik. Saya kira tanggungjawab ini mesti saya galas untuk menjadi wakil kepada mereka semua," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK itu di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi untuk menewaskan pencabarnya calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739 undi.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN