fb fb fb fb fb

Kemenangan calon BN di PRK Nenggiri keputusan luar jangka - Dr. Zambry

Setiausaha Agung BN merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri merupakan satu keputusan luar jangka.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata ia bukti kerja keras jentera parti dalam memastikan rakyat mendapat manfaat sebaiknya.

"Yang paling mustahaknya ialah bagaimana gerakan yang tersusun yangg dilakukan oleh jentera BN. Tanpa kami menceritakan, dengan bangga diri nyatakan itu, nyatakan ini di sebalik pelbagai serangan hebat yangg dilakukan dalam tempoh beberapa hari oleh pemimpin-pemimpin besar," katanya.

Dr. Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi turut berharap Mohd Azmawi dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah.

Mohd. Azmawi berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti sebanyak 3,352 undi.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN