Usaha bersama perkasa bola sepak negara

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menerima kunjungan daripada Kelab Sukan dan Rekreasi PJC, Selangor – KBS

PUTRAJAYA, 1 April – Bola sepak bukan sekadar permainan, ia perlu bermula dari akar umbi, demikian tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan membuka ruang perbincangan strategik antara kerajaan dan kelab sukan untuk pembangunan bola sepak negara.
  • Perbincangan tertumpu pada usaha membangunkan lebih ramai pemain muda di peringkat pembangunan awal.
  • Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berperanan mencungkil dan membentuk pemain masa depan negara.
  • Sinergi antara kelab sukan dan kerajaan dilihat mampu memperkukuh landskap bola sepak dan memupuk masa depan gemilang.

Beliau menegaskan perkara itu ketika menerima kunjungan Kelab Sukan dan Rekreasi PJC, Selangor ke pejabatnya hari ini.

Dalam kenyataan di laman Facebooknya, Mordi memaklumkan pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan strategik antara pihak kerajaan dan kelab sukan dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat, khususnya di peringkat pembangunan awal.

Perbincangan fokus kepada bagaimana untuk bersama-sama bangunkan lebih ramai bakat muda, khususnya di peringkat akar umbi. – KBS

“Perbincangan kami fokus kepada bagaimana kita boleh bersama-sama bangunkan lebih ramai bakat muda, khususnya di peringkat akar umbi.

“Usaha seperti ini selari dengan peranan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam mencungkil dan membentuk pemain masa depan negara,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menerima kunjungan daripada Kelab Sukan dan Rekreasi PJC, Selangor – KBS

Hadir sama dalam pertemuan itu, Pengurus Besar NFDP, Yusof Ibrahim.

Mordi turut menegaskan bahawa sinergi antara kelab sukan dan kerajaan mampu memperkukuh landskap bola sepak negara, sekali gus membina masa depan yang lebih gemilang untuk sukan itu di Malaysia.