
MILAN, 20 Januari – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjangkakan satu lagi perlawanan sukar menentang Inter Milan dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara Eropah (UCL) di San Siro, awal pagi Rabu.
- Arteta jangka perlawanan menentang Inter tetap sukar walaupun gaya permainan Inter berubah.
- Setiap perlawanan UCL dianggap peluang yang mesti direbut oleh Arsenal.
- Arteta tekankan perlunya kerja keras dan persiapan rapi menghadapi pasukan sangat kompetitif.
- Inter digambarkan sebagai pasukan dominan di liga domestik, menjadikan perlawanan lebih mencabar.
Menurut Arteta, situasi perlawanan dijangka hampir sama seperti musim lalu ketika Arsenal tewas 0-1, meskipun Inter kini memiliki gaya permainan berbeza di bawah pengurus baharu.
“Setiap perlawanan dalam Liga Juara Eropah memberi peluang untuk mencapai sesuatu, dan peluang itu mesti direbut.
“Esok kami perlu bekerja keras menentang pasukan yang sangat kuat. Kami tahu cabaran itu dan sentiasa membuat persiapan untuk menang, dengan tahap kesungguhan yang sama.” katanya kepada media.
Beliau menyifatkan Inter sebagai pasukan yang sangat kompetitif dan mendominasi liga domestik, sekali gus menjadikan perlawanan itu mencabar buat Arsenal.
Menurutnya, skuad Gunners akan membuat persiapan rapi bagi memastikan pasukan mampu meraih kemenangan walaupun berdepan lawan sukar.
Arsenal kini mendahului carta UCL dengan 18 mata serta memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan tujuh mata. – REUTERS