
KUALA LUMPUR, 11 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus bekerja keras, baiki kelemahan dan kekal yakin.
- PM Anwar galak Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus bekerja keras dan baiki kelemahan.
- Beliau menegaskan kekalkan keyakinan supaya kejayaan lebih banyak dapat dicapai.
- Aaron-Wooi Yik dinobat naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2026.
Beliau percaya gandingan utama negara itu akan mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.
“Walaupun nasib tidak menyebelahi kita, saya dan seluruh rakyat berbangga dengan semangat juang Aaron–Wooi Yik, yang begitu hampir menumpaskan lawan.
“Teruskan bekerja keras, perbaiki setiap kelemahan dan kekalkan keyakinan. Insya-Allah, lebih banyak kejayaan akan dicapai selepas ini,” katanya dalam laman Facebook selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.
Pada perlawanan itu, Aaron-Wooi Yik muncul sebagai naib juara selepas tewas 15-21, 21-12, 18-21 kepada gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae.