Terbuka Itali: Machac, Sabalenka pamer penguasaan di Rome

Pemain tenis Republik Czech, Tomas Machac (kiri) dan jaguh Belarus, Aryna Sabalenka teruskan perjuangan di Terbuka Itali/Foto REUTERS

ROME, 8 Mei – Wakil Republik Czech, Tomas Machac melakar kejutan apabila menyingkirkan bekas pemain nombor tiga dunia, Stefanos Tsitsipas pada pusingan pertama Terbuka Itali di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Machac, ranking ke-41 dunia, menang 6-4, 7-6 dan bakal berdepan pilihan ketujuh Daniil Medvedev.
  • Denis Shapovalov tersingkir awal, tewas 4-6, 2-6 kepada Mariano Navone.
  • Sebastian Ofner hanya memerlukan 75 minit untuk menundukkan Alex Michelsen 6-3, 6-3.
  • Aryna Sabalenka mara pusingan ketiga, tewaskan Barbora Krejcikova 6-2, 6-3; menangi 76% mata servis pertama, akan lawan Sorana Cirstea.

Machac yang menghuni ranking ke-41 dunia menewaskan Tsitsipas 6-4, 7-6 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan ATP 1000 itu.

Tsitsipas dilihat bergelut sepanjang perlawanan apabila melakukan 25 kesilapan mudah sekali gus gagal mengelak kekalahan straight set.

Machac bakal berdepan pilihan ketujuh, Daniil Medvedev di pusingan kedua dan masih memburu kemenangan pertama ke atas pemain Rusia itu.

Turut tersingkir awal ialah Denis Shapovalov yang tewas 4-6, 2-6 kepada wakil Argentina, Mariano Navone.

Sementara itu, Sebastian Ofner hanya memerlukan 75 minit untuk menundukkan Alex Michelsen 6-3, 6-3.

Dalam saingan wanita, pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan wakil Republik Czech, Barbora Krejcikova 6-2, 6-3.

Juara empat gelaran Grand Slam itu tampil lebih konsisten apabila memenangi 76 peratus mata servis pertama sepanjang perlawanan.

Sabalenka dijadual menentang pemain Romania, Sorana Cirstea bagi perebutan tempat ke pusingan 16 terbaik. – REUTERS