Terbuka Cincinnati: Sabalenka sedia berdepan Rybakina pada suku akhir

OHIO, 14 Ogos– Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mara ke pusingan suku akhir Terbuka Cincinnati.

Ini selepas beliau berjaya menundukkan Jessica Bouzas Maneiro 6-1, 7-5 pada Rabu.

Juara bertahan itu tampil lebih mudah menentang pemain Sepanyol tersebut, mencatatkan kemenangan ke-50 musim ini dalam tempoh satu jam 20 minit.

Sabalenka seterusnya akan berdepan Elena Rybakina dalam pertembungan dijangka sengit, selepas pemain pilihan kesembilan dari Kazakhstan itu bangkit menewaskan Madison Keys 6-7(3), 6-4, 6-2. -REUTERS