Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan berangkat ke Program KKD Moves 2026

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke program KKD Moves 26 di Dataran DBKL/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 September – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan berangkat ke Program KKD Moves 2026 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

RINGKASAN BERITA AI
  • KKD Moves 2026 merupakan larian sejauh lima kilometer mempromosikan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan.
  • Baginda berdua melepaskan 1,349 peserta terdiri daripada warga TDM, perkhidmatan lain dan orang awam.
  • Program menyambut ulang tahun KKD ke-59, mengukuhkan hubungan strategik dan menekankan kesiapsiagaan serta kesejahteraan anggota TDM.

KKD Moves 2026 merupakan program anjuran Kor Kesihatan Diraja (KKD) yang melibatkan aktiviti larian sejauh lima kilometer dengan menghimpunkan elemen kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan.

Menerusi progam pada hari ini, Baginda berdua turut berkenan melepaskan 1,349 peserta program, terdiri daripada warga Tentera Darat Malaysia (TDM), tentera lain-lain kor/perkhidmatan dan orang awam.

Program ini bermatlamat bagi memperkenalkan KKD kepada masyarakat bersempena Hari Ulang Tahun KKD ke-59 dan mengukuhkan hubungan strategik antara TDM dengan agensi kerajaan.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada nilai kesiapsiagaan, kesejahteraan, kesepaduan dan kesedaran, sebagai usaha memperkukuh tahap kesihatan warga TDM dan menjadi asas kesiapsiagaan fizikal dalam melaksanakan tugas.

Selepas acara pelepasan, Sultan Nazrin yang juga Kolonel Yang DiPertua KKD bersama Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa melawat reruai pameran berkaitan KKD, termasuk pameran fasiliti Hospital Medan ATM.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.