SUKMA :Afif, Dahlia rangkul emas ujian masa individu

Foto RTM

SEPANG, 16 Ogos – Pelumba berbasikal Sarawak, Afif Darwysh Mohamad Nazir merangkul pingat emas acara ujian masa individu lelaki 30 kilometer pada saingan berbasikal lebuh raya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor di Bagan Lalang, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dahlia Hazwani dari Terengganu raih emas ujian masa individu wanita dengan catatan 31 minit 7.044 saat.
  • Johor menguasai pingat perak dan gangsa wanita melalui Intan Suraya Tokiman dan Nurina Qistina Zahraa.
  • Sarawak turut meraih gangsa acara lelaki melalui Muhammad Danial Hakim Zulkaisi.

Atlet berusia 18 tahun itu mencatatkan masa 37 minit:12.633 saat bagi menewaskan pelumba Johor, Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman yang meraih perak dengan catatan 37 minit :25.569 saat

Gangsa turut menjadi milik Sarawak menerusi Muhammad Danial Hakim Zulkaisi.

Terdahulu dalam acara ujian masa individu wanita, Terengganu mengungguli acara menerusi Dahlia Hazwani, yang merakam catatan 31 minit : 7.044 saat untuk merangkul emas.

Pingat perak menjadi milik Intan Suraya Tokiman dari Johor dengan catatan 31 minit 18.388 saat, manakala gangsa turut diraih Johor menerusi Nurina Qistina Zahraa, yang mencatat masa 32 minit 37.589 saat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.