Sukan Olimpik Musim Sejuk, Philipp Raimund buat lompatan emas acara lompatan ski bukit lelaki

Sukan Olimpik Musim Sejuk, Philipp Raimund buat lompatan emas acara lompatan ski bukit lelaki./REUTERS

ITALI, 10 Februari – Atlet Jerman, Philipp Raimund menang pingat emas dalam acara lompatan ski bukit lelaki apabila berjaya mengetepikan cabaran atlet Poland, Kacper Tomasiak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Philipp Raimund menang pingat emas acara lompatan ski bukit lelaki dengan lompatan terakhir 106.5 meter.
  • Kacper Tomasiak dari Poland meraih perak, ketinggalan 3.4 mata di belakang Raimund.
  • Ren Nikaido dan Gregor Deschwanden berkongsi pingat gangsa.
  • Domen Prevc, peserta pilihan, hanya menamatkan saingan di tempat keenam.

Atlet Poland itu tepaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala atlet Jepun, Ren Nikaido dan Gregor Deschwanden dari Switzerland berkongsi pingat gangsa.

Peserta pilihan acara ini, Domen Prevc dari Slovenia hanya berjaya menamatkan saingan di tempat keenam.

Raimund merangkul gelaran juara dengan lompatan terakhir sejauh 106.5 meter dan mengumpul 274.1 mata, 3.4 mata di hadapan Tomasiak, manakala Nikaido dan Deschwanden menamatkan saingan dengan ketinggalan 8.1 mata.

Raimund, 25 tahun memberi amaran awal di Pergunungan Alps Itali, melonjak sejauh 102 meter pada pusingan pertama untuk mendapatkan lompatan terakhir pertandingan dan kemudian menangani tekanan untuk meraih pingat emas Olimpik pertamanya.

Pelompat ski itu sebelum ini mengakui takut akan ketinggian, malah menarik diri daripada acara terbang ski pada bulan Mac, tetapi persembahan ini membuktikan dia boleh memberikan prestasi yang terbaik di bawah tekanan.

Sementara itu, dalam pusingan awal hoki ais wanita, juara bertahan Kanada menewaskan Republik Czech 5-1, walaupun kapten mereka Marie-Philip Poulin meninggalkan arena dalam keadaan cedera.

Pasukan Amerika Syarikat pula memperoleh kemenangan ketiga di Milan apabila menewaskan Switzerland, 5-0.