
MADRID, 16 Jun – Pemain pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger telah melanjutkan kontraknya sehingga 2027, umum skuad Los Blancos pada Selasa.
- Rudiger menyertai Real Madrid dari Chelsea pada 2022 selepas bermain untuk Stuttgart dan Roma.
- Beliau memenangi La Liga dan Liga Juara Eropah 2024 serta Copa del Rey 2023 bersama Los Blancos.
- Presiden melantik Jose Mourinho sebagai jurulatih selepas dua musim tanpa trofi utama.
- Madrid mengumumkan pembelian Marc Cucurella, dikaitkan dengan Silva dan Dumfries, serta dijangka menandatangani Ibrahima Konate.
“Real Madrid dan Antonio Rudiger telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak, dengan pemain itu akan kekal di kelab sehingga 30 Jun 2027,” menurut Madrid dalam satu kenyataan.
Bek tengah berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak dengan Real Madrid dari Chelsea pada 2022, selepas bermain untuk Stuttgart dan Roma.
Rudiger memenangi La Liga dan Liga Juara Eropah pada 2024 bersama Los Blancos selain Copa del Rey pada 2023.
Selepas gagal memenangi trofi utama selama dua musim berturut-turut, Presiden kelab, Florentino Perez, melantik Jose Mourinho sebagai jurulatih, awal bulan ini.
Semalam, Madrid mengumumkan pembelian pemain pertahanan kiri Sepanyol, Marc Cucurella, dari Chelsea.
Pasukan itu juga telah dikaitkan dengan Bernardo Silva dan Denzel Dumfries serta dijangka menandatangani Ibrahima Konate dari Liverpool menjelang akhir kontraknya di Anfield. – AFP