Ronaldo terus bantu pasukan dengan jaringan, Al Nassr kini di puncak liga

Ronaldo terus bantu pasukan dengan jaringan, Al Nassr kini di puncak liga./REUTERS

BURAIDAH, 26 Februari – Criatiano Ronaldo terus membantu pasukannya untuk memperoleh kemenangan kesembilan berturut-turut dalam Liga Pro Saudi dengan membelasah Al Najmah 5-0 seterusnya menempatkan pasukan di puncak liga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ronaldo terus jadi tonggak serangan dengan penalti awal yang membuka rentak jaringan pasukan.
  • Contributions dari Coman, Mané dan dua gol Inigo Martinez menambah kekuatan serangan Al Nassr.
  • Kemenangan kelapan dan kesembilan berturut turut mengangkat Al Nassr ke puncak liga, memanfaatkan keputusan pesaing.

Ronaldo membuka jaringan dengan sepakan penalti selepas dia dikasari di dalam kotak penalti.

Kingsley Coman, Sadio mane dan dua jaringan oleh Inigo Martinez melengkapkan malam gemilang pasukan pelawat.

Pasukan yang berpangkalan di Riyadh itu telah memanfaatkan dua keputusan seri berturut-turut pesaing utama Al-Hilal dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran liga pertama sejak Ronaldo menyertai kelab itu pada Disember 2022.-REUTERS