Piala Super UEFA : PSG benam Villa, pertahankan kejuaraan

Foto AFP

SALZBURG, 13 Ogos – Paris Saint-Germain (PSG) mengukuhkan statusnya sebagai kelab terbaik Eropah selepas menewaskan Aston Villa 2-1 untuk menjuarai Piala Super UEFA disini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Khvicha Kvaratskhelia dan Désiré Doué masing-masing meledak gol buat PSG.
  • Penyerang remaja Aston Villa, Brian Madjo, menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat.
  • Luis Enrique memasukkan Ousmane Dembele; gol Doué akhirnya disahkan selepas semakan VAR kerana ofsaid.

Khvicha Kvaratskhelia dan Désiré Doué masing-masing meledak gol buat PSG, manakala penyerang remaja Villa, Brian Madjo, menjaringkan gol bagi merapatkan jurang.

Kemenangan itu menyaksikan juara Liga Juara Eropah itu mempertahankan kejuaraan sama yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Tottenham Hotspur.

PSG mendahului pada minit ke-20 menerusi Kvaratskhelia yang berjaya melepasi pertahanan Villa sebelum melepaskan rembatan kencang bagi gol pertama PSG.

Villa kemudiannya menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pemain berusia 17 tahun, Madjo yang menyudahkan hantaran John McGinn dengan rembatan kaki kiri.

Pengendali PSG, Luis Enrique, kemudiannya memasukkan pemenang Ballon d’Or, Ousmane Dembele, pada awal babak kedua dalam usaha mengembalikan kelebihan pasukannya.

Usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-61 apabila Désiré Doué melepaskan rembatan lencong untuk menewaskan Marco Bizot, selepas gol itu pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid sebelum semakan VAR mengesahkannya. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.