
MONTERREY, 21 Jun – Jepun menepati ramalan dengan meraih kemenangan meyakinkan dan mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Tunisia, 4-0 dalam aksi kedua kumpulan F, Piala Dunia 2026.
- Gol dijaringkan oleh Daichi Kamada, Ayase Ueda dan Junya Ito.
- Kamada buka jaringan minit keempat, Ueda gandakan minit ke-31, Ito minit ke-69 dan Ueda lengkapkan minit ke-83.
- Disiplin dan organisasi permainan Jepun menghalang kebangkitan pihak lawan; Jepun kini kongsi empat mata dengan Belanda, satu kemenangan lagi kejuaraan kumpulan.
Gol-gol Samurai Biru dijaringkan masing-masing oleh Daichi Kamada, Ayase Ueda, Junya Ito.
Kamada membuka jaringan seawal minit keempat sebelum Ueda menggandakan kelebihan pada minit ke-31 untuk memberi kelebihan 2-0 pada separuh masa pertama.
Masuk babak kedua, Tunisia cuba bangkit namun disiplin dan aturan rentak permainan Jepun terus menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.
Junya Ito menambah gol ketiga pada minit ke-69 sebelum Ueda melengkapkan aksi cemerlangnya dengan gol kedua peribadi pada minit ke-83 untuk mengesahkan kemenangan besar Jepun.
Kemenangan itu membolehkan Jepun menduduki tangga kedua, berkongsi empat mata dengan Belanda.
Samurai Biru hanya memerlukan satu lagi kemenangan dalam aksi terakhir menentang Sweden, untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.