Irfan pecah rekod kebangsaan selepas lapan tahun

Irfan Shamsuddin menamatkan penantian lapan tahun apabila memecahkan rekod kebangsaan lempar cakera di Hungary/Foto Majlis Sukan Negara

VESPREM, 21 Jun – Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencipta rekod kebangsaan baharu selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Antarabangsa Balaton ke-67 di Vesprem, Hungary.

RINGKASAN BERITA AI
  • Merekod lemparan 62.87 meter, memadam rekod kebangsaan terdahulu 62.55 meter (Mei 2017).
  • Tamatkan penantian lebih lapan tahun bagi rekod baharu acara lempar cakera.
  • Catatan itu juga menjadi rekod peribadi terbaik bagi atlet berusia 30 tahun.
  • Dalam final beliau mengatasi tuan rumah; perak dicatat 53.84 meter, gangsa 51.31 meter.

Balingan sejauh 62.87 meter yang dilakukannya itu memadam rekod kebangsaan 62.55 meter yang dicipta pada Mei 2017.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian lebih lapan tahun untuk rekod baharu acara berkenaan.

Catatan itu turut menjadi rekod peribadi terbaik buat atlet berusia 30 tahun tersebut.

Dalam saingan final, Irfan mengatasi atlet tuan rumah, Zalan Strigenzc yang meraih pingat perak menerusi balingan 53.84 meter.

Pingat gangsa pula dimenangi seorang lagi atlet Hungary, Zsombor Takacs dengan catatan 51.31 meter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.