
KANSAS CITY, 21 Jun – Curacao meraih mata pertama selepas seri tanpa jaringan dengan Ecuador dalam aksi kumpulan E, Piala Dunia 2026.
- Penjaga gol Eloy Room muncul wira, menyelamatkan 15 percubaan tepat ke arah gawang.
- Ecuador menguasai padang dengan serangan demi serangan namun gagal menembusi benteng Curacao.
- Hasil itu mengekalkan harapan Curacao untuk mara ke peringkat kalah mati selepas dibelasah Jerman 7-1.
- Ecuador dijadual bertemu Jerman, manakala Curacao akan berdepan Ivory Coast pada perlawanan seterusnya.
Walaupun Ecuador lebih menguasai padang dengan serangan demi serangan, penjaga gol, Eloy Room muncul wira skuad kerdil itu apabila menyelamatkan 15 percubaan tepat ke arah gawang gol.
Keputusan seri tanpa jaringan itu mengekalkan harapan Curacao untuk mara ke peringkat kalah mati, selepas dibelasah Jerman, 7-1 pada aksi pembukaan.
Rekod terbanyak setakat ini dalam satu perlawanan tanpa masa tambahan, sekali gus, membantu Curacao meraih mata pertama mereka dalam sejarah penyertaan di Piala Dunia.
Ecuador dijadual menentang Jerman pada Khamis, manakala Curacao akan berdepan Ivory Coast dalam perlawanan seterusnya.- AFP