Piala Dunia buka persaingan lebih kompetitif

Piala Dunia 2026 saksikan lebih banyak kejutan dan sukar diramal

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Penyertaan 48 pasukan dalam Piala Dunia 2026 dilihat berpotensi mewujudkan persaingan lebih kompetitif serta membuka ruang kepada negara-negara kecil untuk menyerlah di pentas dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan kini lebih sukar diramal dan menyaksikan banyak kejutan yang meningkatkan persaingan.
  • Pasukan kecil berjaya memberi saingan kepada gergasi, contohnya seri tanpa jaringan dan keputusan seri mengejutkan.
  • Kemajuan teknologi memudahkan akses siaran dan maklumat masa nyata, meningkatkan pengalaman peminat sepanjang kejohanan.

Jurulatih Pasukan Bola Sepak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Farid Rahimi Heder berpandangan pertambahan jumlah pasukan itu menyaksikan kejohanan kali ini memberi lebih banyak kejutan dan sukar diramal.

Jelasnya, perkembangan itu juga meningkatkan potensi pasukan bukan pilihan.

“Pasukan-pasukan kecil berjaya memberi saingan kali ini seperti yang dibuktikan Cape Verde ketika menentang Sepanyol dengan berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan. Begitu juga dengan pertembungan antara Portugal-DR Congo yang sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1.

“Perlawanan yang dijangka ‘mudah’ itu sebenarnya menyaksikan pasukan-pasukan ‘kecil’ berjaya memberi saingan sehingga menyukarkan perlawanan,”katanya selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui kemajuan teknologi memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semnagat kesukanan.

“Akses yang lebih mudah kepada kandungan sukan bukan sahaja meningkatkan pengalaman menonton malah membolehkan peminat mengikuti perkembangan pasukan dan pemain pilihan secara masa nyata.

“Jadi, perkembangan teknologi membolehkan generasi masa kini yang meminati sukan bola sepak, ‘merasa’ pengalaman yang lebih dekat sepanjang Piala Dunia,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.