Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum mara

Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terselamat daripada dikejutkan pasangan bukan pilihan dari China Zhu Yi Jun-Li Qian pada pusingan pertama Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa berjuang keras menewaskan pasangan China 21-19, 20-22, 21-10 di pusingan pertama Masters Indonesia.
  • Perlawanan hampir sejam menunjukkan pertarungan sengit sebelum beregu nombor empat dunia mara.
  • Juara dunia itu mungkin bertemu Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai atau Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah di pusingan kedua.
  • Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengalami kekalahan mengejut kepada pasangan tuan rumah Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.

Dalam aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 500 di Istora Senayan, beregu nombor empat dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan China itu 21-19, 20-22, 21-10 dalam pertarungan sengit hampir sejam untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua.

Juara dunia itu dijangka berdepan sama ada pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai atau wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada pusingan seterusnya.

Sementara itu, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas mengejut 21-18, 18-21, 20-22 kepada beregu campuran bukan pilihan yang juga wakil tuan rumah Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.