Korea Polo raih tempat ketiga JSCPT 2026

Aksi pasukan Korea Polo (putih) menentang J-Corp 5 (biru) di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU, 5 September- Pasukan Korea Polo meraih tempat ketiga pada edisi sulung Kejohanan Polo Johor Super Crown (JSCPT) 2026 selepas menewaskan J-Corp 5-4 pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matias Mac Donough Jr muncul wira dengan tiga gol; Pablo Mac Donough dan David Ko menambah dua jaringan.
  • J-Corp menjaringkan empat gol melalui Marcos Araya, Gonzalo Pieres, Datuk Quzier Ambak dan Ignacio Figueras.
  • Perlawanan akhir 22 gol esok menyaksikan Royal Johor menentang Temasik.
  • Royal Johor yang diketuai Tunku Mahkota Ismail mara ke final selepas menewaskan J-Corp 9-5.

Matias Mac Donough Jr muncul wira Korea Polo dengan meledak tiga gol, manakala dua lagi jaringan disumbangkan Pablo Mac Donough dan David Ko.

J-Corp pula menjaringkan empat gol menerusi Marcos “Cacu” Araya, Gonzalo Pieres, Datuk Quzier Ambak dan Ignacio Figueras.

Perlawanan akhir kejohanan berstatus 22 gol itu esok menyaksikan Royal Johor menentang Temasik.

Pasukan Royal Johor yang diketuai Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mara ke final selepas menewaskan J-Corp 9-5.

Dalam aksi pembukaan Selasa lalu, Royal Johor menewaskan Temasik 13-7 dengan Tunku Mahkota Ismail menyumbang lima gol.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.