KIBAR platform belia suarakan isu kemudahan sukan

Foto RTM

KUALA NERUS, 30 Oktober –Isu berkaitan kemudahan dan fasiliti sukan antara perkara yang dibangkitkan lebih 700 peserta daripada pelbagai persatuan belia di Terengganu menerusi Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR).

RINGKASAN BERITA AI
  • KIBAR menjadi platform rasmi untuk belia menyuarakan idea dan pandangan berkaitan pembangunan belia dan sukan.
  • Perhatian utama ialah pembinaan dan penyelenggaraan padang, gelanggang serta keperluan dana peruntukan.
  • Cadangan peserta akan dibawa ke perbincangan kementerian; KIBAR siri kebangsaan menyasarkan penyertaan belia seluruh negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol berkata, KIBAR menjadi platform untuk golongan muda mengemukakan idea serta pandangan berkaitan pembangunan belia dan sukan.

“Sebab kita adalah KBS jadi pandangan mereka hanya tertumpu kepada pembinaan atau penylenggaraan padang, gelanggang serta dana peruntukan sahaja.

“Kita kena berikan sokongan dan pendedahan berkaitan fungsi sebenar KBS untuk membangunkan sukan dan belia itu sendiri,” katanya pada Program KIBAR Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Air Terengganu, Pulau Duyong, di sini.

Katanya, setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan dibawa untuk perbincangan di peringkat kementerian.

Turut hadir pada program itu ialah, Timbalan Ketua Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Abd Aziz Abd Rahman.

Program KIBAR di Terengganu merupakan siri ke-14 daripada 17 siri yang dijadualkan di seluruh negara, dengan keseluruhan penganjurannya menyasarkan penyertaan lebih 10,000 belia berpersatuan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.