Ketua jurulatih NSFC letak jawatan

Mohd Nidzam Jamil. Foto/BERNAMA

SEREMBAN, 23 Februari – Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan peletakan jawatan Mohd Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih pasukan, berkuat kuasa serta-merta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penolong jurulatih K. Rajan dilantik ketua jurulatih interim sehingga pengumuman seterusnya.
  • Kelab menghargai jasa dan sumbangan Mohd Nidzam sejak awal musim ini.
  • Fokus utama kini mengembalikan kestabilan dan meningkatkan moral pemain.
  • Pasukan menghadapi tekanan selepas rentetan kekalahan termasuk kekalahan 1-2 baru-baru ini.

Menurut kenyataan kelab, penolong jurulatih K.Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih interim sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.

“NSFC ingin merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Mohd Nidzam kepada pasukan sejak awal musim ini,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kelab berkenaan, fokus utama kelab dan barisan kejurulatihan ketika ini adalah mengembalikan kestabilan dan meningkatkan moral pemain bagi menghadapi baki perlawanan musim ini.

Sebelum ini, skuad Jang dibelenggu empat kekalahan berturut-turut, termasuk tewas 1-2 menentang Imigresen FC aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu lepas. -Bernama