Kerr sasar Piala Dunia kelima selepas Australia layak ke Brazil 2027

Samantha Kerr beraksi ketika menjariangkan gol pada aksi Piala Asia Wanita AFC menentang Korea Utara pada Jumaat / AFP 

PERTH, 14 Mac – Penyerang sensasi Australia, Sam Kerr menyasarkan untuk beraksi pada Piala Dunia kelima dalam kariernya selepas The Matildas menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia Wanita FIFA 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Australia sah layak ke Piala Dunia 2027 selepas menewaskan Korea Utara 2-1 dalam suku akhir; Kerr menjaringkan gol kemenangan.
  • Kerr mahu beraksi dalam lima edisi Piala Dunia, selepas mengetuai Australia ke separuh akhir Piala Dunia 2023.
  • Kerr berkata Piala Dunia di Brazil akan memberi pengalaman istimewa kerana negara itu terkenal kuasa besar bola sepak dunia.
  • Rakan sepasukan Foord dan van Egmond turut menyasarkan penampilan kelima; enam pasukan terbaik layak ke Piala Dunia 2027.

Skuad kendalian Joe Montemurro mengesahkan tempat ke kejohanan itu selepas menewaskan Korea Utara 2-1 pada aksi suku akhir Piala Asia Wanita AFC di Perth, sekali gus mara ke separuh akhir.

Kerr, yang juga penyerang Chelsea, menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini mengetuai pasukan ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2023 dan kini berhasrat menyertai kelompok elit pemain yang beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.

“Bagi kami sebagai sebuah pasukan, Piala Dunia adalah pentas tertinggi. Untuk memastikan pasukan berada di sana adalah sesuatu yang amat bermakna,” katanya.

Menurut Kerr, kejohanan di Brazil nanti dijangka memberikan pengalaman istimewa memandangkan negara itu terkenal sebagai kuasa besar bola sepak dunia.

Turut menyasarkan penampilan kelima di Piala Dunia ialah pemain Arsenal, Caitlin Foord dan pemain Leicester City, Emily van Egmond.

Enam pasukan terbaik kejohanan itu akan layak ke Piala Dunia 2027.

Australia seterusnya akan berdepan sama ada juara bertahan China atau Taiwan pada aksi separuh akhir di Perth.-AFP