Kejohanan Badminton Dunia: Lanier cipta sejarah, muncul juara dunia badminton pertama Perancis

Foto REUTERS

NEW DELHI, 24 Ogos – Alex Lanier mencipta sejarah apabila menjadi pemain Perancis pertama menjuarai acara perseorangan pada Kejohanan Dunia Badminton selepas menewaskan pemain Jepun, Kodai Naraoka 21-11, 21-11 dalam aksi akhir disini, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alex Lanier tampil dengan aksi mantap, menewaskan lawan dan menghadiahkan gelaran perseorangan dunia pertama kepada Perancis.
  • An Se-young rangkul gelaran dunia kedua, kini bergelar juara Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Kejohanan Asia.
  • Thom Gicquel dan Delphine Delrue cipta sejarah sebagai pasangan campuran Perancis pertama memenangi gelaran dunia.

Lanier, yang mengambil masa kira-kira 50 minit untuk melengkapkan kemenangan, tampil dengan aksi mantap ketika menewaskan Naraoka, sekali gus menghadiahkan gelaran perseorangan dunia pertama kepada Perancis.

Dalam aksi perseorangan wanita, juara Olimpik dari Korea Selatan, An Se-young pula menewaskan juara bertahan Akane Yamaguchi dari Jepun 21-17, 21-14 untuk merangkul gelaran dunia keduanya.

Kejayaan itu menyaksikan Se-young kini bergelar juara perseorangan wanita Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Kejohanan Asia.

Pada hari sama, pasangan beregu campuran Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue turut mencipta sejarah apabila menjadi gandingan pertama negara itu memenangi gelaran dunia.

Gicquel dan Delrue menewaskan pilihan utama dari China, Feng Yanzhe dan Huang Dongping 22-20, 19-21, 21-15 dalam perlawanan akhir beregu campuran untuk melengkapkan kejayaan bersejarah Perancis di kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Korea Selatan turut mencipta kejayaan dalam acara beregu wanita apabila Baek Ha-na dan Lee So-hee menewaskan pasangan China, Liu Shengshu dan Tan Ning 21-15, 21-15.

Kemenangan itu menjadikan Baek dan Lee sebagai pasangan Korea Selatan pertama menjuarai acara beregu wanita di Kejohanan Dunia dalam tempoh 31 tahun.

Dalam acara beregu lelaki pula, pasangan China Liang Weikeng dan Wang Chang menutup tirai kejohanan dengan kemenangan 21-17, 21-16 ke atas wakil Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk merangkul gelaran dunia. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.