Ipswich sah naik ke Liga Perdana Inggeris

Foto Reuters

LONDON, 2 Mei – Ipswich Town mengesahkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Queens Park Rangers 3-0 pada Sabtu, sekali gus mengekang cabaran Millwall.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ipswich menguasai kedudukan kedua Liga Championship.
  • George Hirst dan Jaden Philogene meledak dua gol awal dalam 10 minit di Portman Road.
  • Kasey McAteer melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga lima minit sebelum tamat perlawanan.
  • Skuad dikenali sebagai "Tractor Boys".

Skuad “Tractor Boys” yang menguasai kedudukan kedua Liga Championship tidak menunggu lama untuk mengesahkan kemenangan apabila George Hirst dan Jaden Philogene meledak dua gol awal dalam tempoh 10 minit di Portman Road.

Kasey McAteer kemudian melengkapkan kegembiraan penyokong dengan gol ketiga lima minit sebelum tamat permainan.

Dengan keputusan itu, Ipswich menyertai Coventry City ke saingan Liga Perdana musim depan.-AFP