HYROX KL: KBS beri kelulusan bersyarat

Dr Mohammed Taufiq Johari / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 November – Penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 13 Disember ini mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjur bersetuju mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.
  • Kelulusan diberikan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997, tertakluk kepada syarat Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
  • KBS akan memantau pematuhan syarat-syarat ini sepanjang penganjuran acara.
  • KBS sebelum ini menegaskan penajaan minuman beralkohol mesti ditarik dan penganjuran acara digalakkan untuk menggalakkan gaya hidup aktif.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas penganjur bersetuju mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.

“Kelulusan berkenaan diberikan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“KBS akan memantau pematuhan syarat-syarat ini sepanjang penganjuran acara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, KBS menegaskan kelulusan tidak akan diberikan sekiranya penajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara berkenaan tidak ditarik balik sepenuhnya.

Dalam pada itu, Dr Mohammed Taufiq berkata, penganjuran acara kecergasan seperti HYROX wajar diteruskan bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau turut mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta HYROX Kuala Lumpur  yang dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.