FIFA ASEAN Cup 2026: RTM siar aksi Harimau Malaya

Foto FB Malaysia National Football Team

KUALA LUMPUR, 24 September – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi Harimau Malaya dalam FIFA ASEAN Cup 2026, bermula esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengajak rakyat memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya.
  • FIFA ASEAN Cup 2026 berlangsung 24 September hingga 5 Oktober, disertai 14 pasukan termasuk jemputan Bangladesh, Pakistan dan Hong Kong.
  • Malaysia dalam Kumpulan A Divisyen 1 bersama Indonesia, Singapura dan Bangladesh.
  • Hanya juara kumpulan layak ke final manakala dua naib juara berentap untuk tempat ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, inisiatif itu dilaksanakan susulan pertanyaan orang ramai di media sosial mengenai siaran langsung perlawanan skuad kebangsaan.

“Alhamdulillah, saya nak kongsikan berita baik. RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya, bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh esok,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut mengajak rakyat memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya sepanjang kejohanan berkenaan.

FIFA ASEAN Cup 2026 yang julung kali diadakan akan berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober dengan penyertaan 14 pasukan, terdiri daripada semua 11 negara ASEAN serta tiga pasukan jemputan iaitu Bangladesh, Pakistan dan Hong Kong.

Kejohanan itu dibahagikan kepada dua divisyen dengan Malaysia berada dalam Kumpulan A Divisyen 1 bersama Indonesia, Singapura dan Bangladesh.

Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 25 September, sebelum bertemu Indonesia di venue sama pada 28 September.

Skuad negara kemudian melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Singapura pada 1 Oktober di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Menurut laman sesawang rasmi FIFA, hanya juara kumpulan layak mara ke final.

Dua naib juara kumpulan pula akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.