David Beckham terima bintang Walk of Fame Hollywood

David Beckham/ AFP

LOS ANGELES, 3 Jun- Ikon bola sepak dunia, David Beckham bakal menerima penghormatan menerusi bintang di Walk of Fame Hollywood pada 12 Jun ini bagi mengiktiraf sumbangannya dalam mempopularkan bola sepak di Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman dibuat ketika AS bersiap menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada.
  • Majlis penghormatan dijadual berlangsung beberapa jam sebelum perlawanan pertama Piala Dunia di AS.
  • Penganjur kata pengiktirafan kategori Hiburan Sukan penting kerana Beckham bantu mempopularkan bola sepak di AS.
  • Beckham kini pemilik bersama Inter Miami CF yang turut dibarisi bintang Argentina Lionel Messi.

Pengumuman itu dibuat ketika AS sedang membuat persiapan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama Mexico dan Kanada.

Majlis penghormatan kepada bekas kapten England berusia 51 tahun itu dijadual berlangsung beberapa jam sebelum perlawanan pertama Piala Dunia di Amerika Syarikat.

Menurut penganjur, pengiktirafan dalam kategori Hiburan Sukan itu diberikan pada waktu yang amat signifikan memandangkan Beckham memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti bola sepak di Amerika Syarikat.

Sepanjang karier profesionalnya, Beckham pernah mewakili Manchester United, Real Madrid, AC Milan, LA Galaxy dan Paris Saint-Germain sebelum mengumumkan persaraan pada 2013.

Beliau kini merupakan pemilik bersama Inter Miami CF yang turut dibarisi bintang Argentina, Lionel Messi.

Majlis itu dijangka turut dihadiri pelakon terkenal, Tom Cruise dan isteri Beckham, Victoria Beckham. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.