Dakwaan hinaan berbaur perkauman, Prestianni digantung perlawanan

Foto AFP

MADRID, 24 Februari– Pemain tengah Benfica, Gianluca Prestianni digantung daripada beraksi dalam perlawanan kedua playoff Liga Juara UEFA menentang Real Madrid, Khamis ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prestianni digantung sementara daripada aksi perlawanan kedua playoff menentang Real Madrid.
  • Penggantungan susulan tuduhan penghinaan berbaur perkauman terhadap Vinicius Junior.
  • Jika disabitkan, hukuman minimum penggantungan ialah 10 perlawanan.

Ia susulan tuduhan penghinaan berbaur perkauman terhadap Vinicius Junior.

Badan disiplin UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat sementara siasatan dilakukan.

Keputusan itu menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu tidak dapat diturunkan bersama Sport Lisboa e Benfica di Stadium Santiago Bernabeu.

Benfica ketika ini ketinggalan agregat 1-0 dan berusaha memburu tempat ke pusingan 16 terbaik.

Sekiranya didapati bersalah, Prestianni berdepan hukuman penggantungan minimum 10 perlawanan. -AFP