Buakaw bakal gegarkan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026

Gambar fail.

KUALA LUMPUR, 4 April – Peminat sukan tempur bakal menyaksikan aksi hebat menerusi Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 April ini di Stadium Titiwangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kehadiran Buakaw sebagai tarikan utama, dijangka menarik ribuan penyokong domestik dan antarabangsa.
  • Buakaw akan berdepan Meng Gaofeng, petarung Beijing dengan rekod 33 kemenangan daripada 45 perlawanan.
  • Meng Gaofeng turut mencatat sembilan kemenangan KO dan memegang gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF serta IPCC China.
  • Edisi All-Stars 2026 menampilkan tujuh pertembungan dengan jaguh dari tujuh negara; penganjur berharap memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi antarabangsa.

Menurut kenyataan penganjur kejohanan, tarikan utama saingan kali ini tertumpu kepada ikon dunia, Buakaw, yang akan beraksi dalam acara kemuncak.

“Kehadiran jaguh legenda itu dijangka menarik kehadiran ribuan penyokong dari dalam dan luar negara.

Secara keseluruhan, edisi All-Stars 2026 bakal menyajikan tujuh pertembungan sengit melibatkan jaguh dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda, serta Maghribi,” kata kenyataan tersebut.

Dalam aksi tumpuan kejohanan, Buakaw dijadualkan berdepan petarung Beijing, Meng Gaofeng, yang memiliki rekod impresif dengan 33 kemenangan daripada 45 perlawanan profesional, termasuk sembilan kemenangan knockout (KO).

Lawan berusia 28 tahun itu bukan calang-calang kerana pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, selain memegang takhta Juara Dunia WLF serta Juara IPCC China.

Penganjuran T-Fight All-Stars 2026 diharap mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama bagi penganjuran sukan tempur bertaraf antarabangsa.