700 pelajar sertai Kejohanan Merentas Desa 2026 Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan

700 pelajar sertai Kejohanan Merentas Desa 2026 Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.

LABUAN, 10 Februari – Seramai 700 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai Kejohanan Merentas Desa 2026 Peringkat Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL).

RINGKASAN BERITA AI
  • 700 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai kejohanan merentas desa peringkat Labuan.
  • Tujuh kategori lelaki dan perempuan dipertandingkan termasuk B-18, B-15, B-12 dan PPKI.
  • Larian mengikut jarak 4 km, 6 km dan 8 km di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
  • Labuan dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Merentas Desa Kebangsaan pada 23 April, lokasi sama digunakan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yahya Ahmad Puteh berkata, sebanyak tujuh kategori lelaki dan perempuan dipertandingkan iaitu Bawah 18 Tahun, Bawah 15 Tahun, Bawah 12 Tahun serta Program Pendidikan Khas dan Intergrasi (PPKI).

Kejohanan yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Labuan dengan kerjasama Sekolah Menengah St. Anthony dan SK Lubok Temiang, berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Larian melibatkan tiga kategori jarak iaitu empat kilometer, enam kilometer dan lapan kilometer mengikut kategori masing-masing.

Beliau berkata, lokasi baharu dipilih untuk kejohanan pada tahun ini kerana kawasan yang sesuai dan salah satu pusat pelancongan untuk aktiviti rekreasi dan riadah.

Tambahnya, Labuan akan menjadi tuan rumah untuk penganjuran Kejohanan Rentas Desa Peringkat Kebangsaan yang berlangsung 23 April ini dan lokasi sama akan menjadi pilihan sebagai lokasi kejohanan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta Kejohanan Merentas Desa peringkat Labuan.

Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Kebangsaan dijangka disertai seramai 2,000 orang secara keseluruhan.