Peruntukan tambahan RM30 juta, percepat projek pembangunan

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 29 November– Peruntukan tambahan bernilai RM30 juta ringgit, diumumkan kerajaan persekutuan kepada Dana Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masyarakat di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah dana kini RM175 juta, berbanding RM145 juta sebelum ini.
  • Dana hasil inisiatif kerajaan negeri mengumpulkan bayaran pelepasan kuota perumahan Bumiputera sejak awal 1990-an untuk pembangunan komuniti.
  • Pengurusan dana perlu berteraskan tatakelola baik, ketelusan dan amanah agar manfaatnya dimaksimumkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan itu menjadikan keseluruhan dana berkenaan berjumlah RM175 juta, berbanding RM145 juta sebelum ini.

Beliau berkata, dana berkenaan merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri yang mengumpulkan bayaran daripada pelepasan kuota perumahan Bumiputera sejak awal 1990-an untuk disalurkan semula kepada pembangunan komuniti berkenaan.

“Oleh kerana ini usaha yang bagi saya sangat membanggakan.

“Alhamdulillah kita boleh jadikan ini contoh bagi negeri-negeri lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Program Semarak Wakaf Perdan 2026 di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pengurusan dana itu perlu berteraskan tatakelola yang baik, ketelusan dan amanah bagi memastikan manfaatnya dapat dimaksimumkan.

Kejayaan institusi wakaf membangunkan pusat ilmu dan universiti terkemuka seperti Universiti Al-Azhar membuktikan kepentingan pengurusan dana yang cekap serta berpandangan jauh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.