Gempa bumi sederhana landa Mindanao

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 20 November – Gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 9.09 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koordinat kejadian: 5.4 darjah Utara, 125.3 darjah Timur, sekitar 135 km Tenggara Koronadal City, Filipina.
  • Kedalaman gegaran dicatatkan pada 10 km.
  • METMalaysia mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian.
  • Tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia menurut METMalaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.4 darjah Utara dan 125.3 darjah Timur, kira-kira 135 kilometer (km) Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 km.

METMalaysia memaklumkan, gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.