
JOHOR BAHRU, 2 November – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Pasir Pelangi, di sini.
RINGKASAN BERITA AI
- Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dipersembah maklum mengenai perkembangan terkini.
- Dipersiapkan maklum mengenai perancangan yang sedang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
- Sesi menghadap berkenaan berlangsung hampir satu jam.
- Perkara dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipersembah maklum mengenai perkembangan terkini serta perancangan yang sedang dilaksanakan.
Sesi menghadap berkenaan berlangsung hampir satu jam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.