
SABAK BERNAM, 2 November– Lapan bot penyelamat dan 180 anggota bomba bawah Zon 7 Selangor Utara melibatkan daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, diletakkan dalam keadaan siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga Mac 2027.
- Kesiapsiagaan melibatkan beberapa balai bomba dan pasukan bomba sukarela, dengan pemeriksaan menyeluruh aset operasi termasuk bot dan kenderaan logistik.
- Pengujian aset dilaksanakan melalui operasi di darat, tasik dan laut untuk memastikan semua peralatan berfungsi ketika diperlukan.
- Pemantauan dipertingkatkan di kawasan pesisir dan sungai yang dikenal pasti berisiko untuk mengurangkan ancaman banjir.
- Penduduk berhampiran pesisir dan sungai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap risiko kenaikan paras air sepanjang musim tengkujuh.
Kesiapsiagaan itu melibatkan enam balai bomba dan lapan balai pasukan bomba sukarela dengan pemeriksaan menyeluruh aset operasi termasuk bot, serta kenderaan logistik.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pengujian aset turut melibatkan operasi di darat, tasik dan laut bagi memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik ketika diperlukan.
“Pemantauan juga dipertingkatkan di kawasan pesisir pantai dansungai yang dikenal pasti berisiko, khususnya di Sabak Bernam dan Kuala Selangor,” katanya.
Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pesisir pantai dan sungai supaya sentiasa berwaspada terhadap risiko kenaikan paras air sepanjang musim tengkujuh.