KPKT pantau pengurangan sewa premis perniagaan

Foto Perbadanan Putrajaya (PPj)

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memantau pelaksanaan arahan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga hujung tahun ini bagi membantu meringankan beban peniaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan pengurangan kadar sewa telah diberikan kepada semua PBT; pelaksanaannya disemak dari semasa ke semasa.
  • Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah Sabu mengesahkan penurunan kadar sewa berdasarkan tinjauannya sendiri.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sekijang mengenai kawalan kadar sewa serta pelaksanaan arahan PBT.
  • Isu diangkat di Parlimen susulan laporan penutupan premis dan kebimbangan terhadap kelangsungan perniagaan setempat.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, arahan pengurangan kadar sewa itu telah diberikan kepada semua PBT, dengan pelaksanaannya disemak dari semasa ke semasa.

“Arahan telah pun diberikan susulan daripada Yang Berhormat memaklumkan dan meminta supaya kadar sewa diturunkan bagi membantu para peniaga di peringkat bawah.

“Setakat dalam makluman saya, berdasarkan tinjauan yang saya lakukan sendiri, memang berlaku penurunan kadar sewa,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berhubung kawalan kadar sewa premis perniagaan serta pelaksanaan arahan pengurangan sewa oleh PBT.

Isu berkenaan dibangkitkan di Parlimen susulan laporan mengenai penutupan beberapa premis perniagaan yang menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan perniagaan setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.