Amaran ribut petir di 10 negeri hingga 6 pagi

Foto Fail RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober –Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri hingga pukul 6 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedah: Yan, Kuala Muda, Kota Setar; Pulau Pinang: seluruh negeri; Perak: Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah, Hilir Perak.
  • Terengganu: Besut; Pahang: Temerloh, Jerantut, Bentong; Selangor: Hulu Langat.
  • Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin; Melaka: seluruh negeri.
  • Sabah: Kalabakan, Tawau; Sandakan termasuk Labuk, Sugut dan Paitan. Amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam, menurut MetMalaysia.

Kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda dan Kota Setar di Kedah; seluruh Pulau Pinang; serta Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Hilir Perak di Perak.

Menurut MetMalaysia, amaran turut melibatkan Besut di Terengganu; Temerloh, Jerantut dan Bentong di Pahang; serta Hulu Langat di Selangor.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, selain seluruh Melaka.

“Di Sabah, amaran meliputi Kalabakan dan Tawau di daerah Tawau, serta Sandakan, Labuk dan Sugut serta Paitan di daerah Sandakan,” menurut MetMalaysia.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.