GovTech Malaysia sasar perluas ekosistem digital kerajaan bermula 2027

Menteri Digital Gobind Singh Deo/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – GovTech Malaysia menyasarkan untuk memperluas pembangunan ekosistem platform digital kerajaan bermula tahun 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • GovTech Malaysia memperluas integrasi perkhidmatan digital merentas kementerian dan agensi untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
  • Setakat ini 62 perkhidmatan daripada 22 agensi telah diintegrasikan menerusi platform GovTech Malaysia.
  • GovTech Malaysia membangunkan penyelesaian digital guna sama termasuk AI, MyPersona untuk perkhidmatan diperibadikan dan MyAppointment.
  • Pelaksanaan berperingkat memberi tumpuan kepada quick wins dan pengembangan berskala bagi kurangkan sistem berasingan serta memoptimumkan perbelanjaan.

Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo insiatif itu merangkumi inisiatif untuk meningkatkan integrasi perkhidmatan digital kerajaan merentas kementerian dan agensi bagi memastikan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Beliau memaklumkan, setakat ini sebanyak 62 perkhidmatan daripada 22 agensi sektor awam telah diintegrasikan menerusi platform berkenaan.

“GovTech Malaysia turut membangunkan beberapa penyelesaian digital guna sama kerajaan. Antaranya untuk maklumat dan juga bantuan berasaskan AI. Di antara perkhidmatan yang bakal diintegrasikan adalah MyPersona untuk perkhidmatan yang lebih diperibadikan dan MyAppointment untuk pengurusan janji temu.

“Pendekatan ini, penting untuk mengurangkan pembangunan sistem secara berasingan dan berulang di setiap agensi, sekali gus memoptimumkan perbelanjaan serta sumber kerajaan.

“Bagi menjawab persoalan mengenai perancangan strategik masa depan, GovTech Malaysia telah meletakkan hala tuju perlaksanaan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada hasil yang boleh dilihat dalam jangka pendek.

” … iaitu quick wins serta memperluaskan atau melihatkan keluasan berskala di antara tahun 2027 sehingga tahun 2030″, katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Young Syefura Othman (Bentong) yang meminta penjelasan mengenai pencapaian GovTech Malaysia setakat ini dalam memacu agenda transformasi digital negara khususnya dari segi kejayaan jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian-Kementerian lain untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan dan perancangan strategik masa hadapan GovTech bagi memperkukuh ekosistem Kerajaan digital.

Gobind berkata pembangunan ekosistem berkenaan akan dilaksana secara berperingkat menerusi peluasan penggunaan platform digital guna sama, perkongsian data dan penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi kerajaan.

Menurutnya, integrasi itu membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi, termasuk menyemak dan membayar saman, memohon penggantian MyKad, menyemak harga barangan serta mengurus janji temu kesihatan.

Jelasnya, kemudahan berkenaan bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, malah mengurangkan keperluan orang ramai hadir secara fizikal ke kaunter bagi berurusan dengan agensi kerajaan.

Setakat 8 Oktober lalu, aplikasi MyGov Malaysia telah merekodkan sebanyak 3,199,120 muat turun dengan 3,014,096 pengguna aktif.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.