Jerebu tidak halang operasi penguatkuasaan di Mersing

Foto RTM

MERSING, 22 Oktober -Operasi penguatkuasaan Jabatan Perikanan di perairan Mersing diteruskan seperti biasa meskipun berdepan keadaan jerebu yang membataskan jarak penglihatan di laut.

RINGKASAN BERITA AI
  • 22 operasi telah dijalankan di perairan Mersing, tertumpu di kawasan Taman Laut Sultan Iskandar.
  • Penglibatan kira-kira lapan aset dan lebih 25 anggota penguatkuasa bagi memantau perairan.
  • Semua aset digerakkan, operasi turut dilaksanakan pada waktu malam untuk memastikan kelancaran penguatkuasaan.
  • Operasi menumpukan pematuhan Akta Perikanan 1985, terutama dalam kalangan pengusaha bot nelayan.

Ketua Unit Taman Laut Jabatan Perikanan Negeri Johor, Muhammad Irfan Ahmad Hanidzar, berkata semua aset digerakkan bagi memastikan operasi berjalan lancar, terutama pada waktu malam.

“Kita masih meneruskan operasi penguatkuasaan sehingga kini, termasuk ketika musim tengkujuh. Risiko sentiasa ada kerana kita beroperasi di laut. Bagaimanapun, berikutan keadaan jerebu, kita mengambil langkah lebih berhati-hati kerana jarak penglihatan agak terhad berbanding sebelum ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Sebanyak 22 operasi telah dijalankan di perairan Mersing setakat ini, terutama di kawasan Taman Laut Sultan Iskandar.

Operasi berkenaan melibatkan kira-kira lapan aset dan lebih 25 anggota penguat kuasa bagi memantau perairan tersebut.

Operasi itu tertumpu kepada pematuhan Akta Perikanan 1985, khususnya dalam kalangan pengusaha bot nelayan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.