PM ucap tahniah Prof Kuik Cheng-Chwee

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah Prof Kuik tersenarai dua peratus saintis teratas dunia

KUALA LUMPUR, 21 Oktober –Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee adalah Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Pengiktirafan mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
  • Diharapkan pencapaian ini menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan.

Profesor Dr. Kuik merupakan Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata pengiktirafan itu mencerminkan kecemerlangan serta sumbangan Profesor Dr. Kuik dalam bidang ilmu, selain mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau berharap pencapaian itu dapat menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh tradisi penyelidikan dalam kalangan ahli akademik tempatan.

“Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.