Skuad B-17 negara perlu manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Skuad bawah 17 tahun (B-17) lelaki negara perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memburu tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 menerusi kempen kelayakan yang berlangsung dari 8 hingga 20 November di Selayang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden FAM Datuk Ab Ghani optimis skuad B-17 berpotensi, namun pemain mesti buktikan kemampuan menerusi persembahan berkualiti.
  • Kualiti permainan perlu jadi keutamaan agar prestasi dan peluang meraih keputusan positif meningkat.
  • Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama India, Palestin, Singapura dan Guam; hanya juara kumpulan layak ke pusingan akhir.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan optimis, skuad muda negara mempunyai potensi untuk mencipta kejayaan, namun menegaskan pemain perlu membuktikan kemampuan menerusi persembahan berkualiti di atas padang.

Menurutnya, mutu permainan perlu menjadi keutamaan pasukan kerana prestasi yang baik mampu meningkatkan peluang untuk memperoleh keputusan positif dalam saingan berkenaan.

“Apa yang saya harapkan dan FAM serta semua ahli jawatankuasa eksekutif juga harapkan ialah mereka dapat mempersembahkan permainan yang baik. Apabila kita bermain dengan baik, sudah tentu keputusan juga akan baik. Itu yang kita harapkan” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama India, Palestin, Singapura dan Guam, dengan semua perlawanan kelayakan dijadual berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Bagaimana, misi skuad negara bukan mudah apabila hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027, yang dijadual berlangsung di Uzbekistan dari 12 hingga 29 Mei tahun depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.