Dua PPS di Raub ditutup tengah hari ini

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk dibenarkan pulang selepas kediaman disahkan selamat untuk didiami.
  • Hujan berterusan menyebabkan lapan rumah di Kampung Cheroh dan tiga di Kampung Sempam Baru dinaiki air.
  • PPS Balai Raya Kampung Cheroh dibuka pada 7.30 malam, menempatkan 18 penduduk.
  • PPS Balai Raya Kampung Sempam Baru dibuka pada 11.15 malam, menempatkan lapan penduduk.

RAUB, 18 Oktober –Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Cheroh dan PPS Balai Raya Kampung Sempam Baru, di sini, ditutup tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan, mereka dibenarkan pulang selepas kediaman masing-masing selamat untuk didiami.

“Dalam kejadian malam semalam, hujan berterusan telah menyebabkan lapan rumah di Kampung Cheroh dan tiga rumah di Kampung Sempam Baru dinaiki air,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, PPS Balai Raya Kampung Cheroh mula dibuka pada 7.30 malam bagi menempatkan 18 penduduk, manakala lapan penduduk dipindahkan PPS Balai Raya Kampung Sempam Baru yang dibuka pada 11.15 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.