Banjir kilat di NKVE, trafik sesak hingga empat kilometer

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Persimpangan Shah Alam (Arah Utara) antara laluan Shah Alam ke Subang/Foto PLUS Malaysia

SHAH ALAM, 17 Oktober – Banjir kilat di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dari Subang ke Shah Alam menyebabkan lorong kiri terhalang dan trafik sesak malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pukul 7.31 malam, lorong kiri dan tengah masih terhalang; kesesakan trafik sejauh empat kilometer.
  • Pada pukul 6.31 petang, banjir kilat di Kilometer 9.2 arah utara menyebabkan lorong kiri dan tengah ditutup.
  • Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati, merancang perjalanan dan rujuk X @plustrafik serta aplikasi PLUS untuk maklumat trafik.

Menerusi kemas kini PLUS Trafik di platform X pada pukul 8.11 malam, kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 9.1 arah selatan.

Terdahulu, pada pukul 7.31 malam, lorong kiri dan tengah dilaporkan masih terhalang, dengan kesesakan trafik sepanjang empat kilometer (km).

Laluan Shah Alam-Subang dua arah ditutup di kilometer 9.1/Foto Plus Malaysia

Pada pukul 6.31 petang, banjir kilat turut dilaporkan di Kilometer 9.2 arah utara dari Shah Alam ke Subang, menyebabkan lorong kiri dan tengah ditutup.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman X @plustrafik serta aplikasi PLUS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.