
KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran Pas Khas di pejabat imigresen Kuala Lumpur.
- Bahagian integriti akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dilaporkan media.
- JIM memandang serius dakwaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.
- Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang undang atau peraturan.
- Orang ramai dinasihatkan berurusan melalui saluran rasmi dan mengelakkan penggunaan orang tengah tidak diberi kuasa.
Pengarah JIM WPKL, Datuk Hamsha Injau dalam satu kenyataan berkata, bahagian integriti jabatan itu akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dilaporkan media pada 17 Oktober 2026.
“JIM memandang serius dakwaan berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.
“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya berurusan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan mengelakkan penggunaan khidmat orang tengah yang tidak diberi kuasa.
JIM WPKL menegaskan komitmennya untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berintegriti, telus dan profesional, sekali gus memelihara kepercayaan masyarakat terhadap jabatan itu.