Terkini: Sekolah di lapan daerah Selangor diarah tutup pada Jumaat

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 15 Oktober – Semua sekolah di lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan melibatkan sekolah di PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.
  • Sekolah di PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam beroperasi seperti biasa; semua aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan.
  • JPN Selangor meminta ibu bapa, penjaga dan warga pendidikan merujuk saluran rasmi untuk perkembangan serta makluman perubahan operasi sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menerusi kenyataan setakat pukul 6.30 petang memaklumkan, arahan penutupan itu melibatkan sekolah di bawah pentadbiran PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.

Bagaimanapun, sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

Namun, semua aktiviti luar bilik darjah di sekolah dalam kedua-dua daerah berkenaan tidak dibenarkan.

JPN Selangor turut meminta ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan mengambil maklum mengenai ketetapan itu serta merujuk saluran rasmi jabatan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Sebarang perubahan terhadap status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi JPN Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.